Assalamualaikum,
Annyeonghaseyo,
Nampak tak kegedikan nak cakap korea, padahal pergi sana baru 7 ari.
Alhamdulillah impian nak ke Korea yang di pendam dari umur 18 tahun tercapai! hohoho..
Dulu-dulu start kenal Korea ni dengan satu group Kpop Wonder Girls. Lepas Wonder Girls mula la start explore semua pasal Korea. Masa muda-muda remaja tu kegilaan pada Kpop ni orang kate sangat hardcore la, macam husband pernah cakap "Please yang, get a life" hehehe..tapi skang ni bile da ada anak, benda2 ni da di kurangkan siket! la..hehehe
Nak dijadikan cerita, awal tahun ritu dalam bulan Januari Air Asia ade buat Free Seat tak silap, pastu cepat2 pujuk husband ajak pergi korea, tengok2 tiket ke Busan dapat murah RM4++ macam tu (sori lupa, masa menaip ni tak sempat nak buka buku nak cek balik jumlah belanja sume) . Disebabkan abang and adik tia pun turut turut turut suka dengan korea ni, so dorang nak join, beli lah tiket kami masa tu untuk fly ke korea on 20 November 2014 hingga 27 November 2014.
Punyela excited baju Hannah ktorang beli paling awal, risau jugak sebab duk baca2 mase time ktorang pergi tu suhu boleh mencecah 3celcius, tapi memang hari ketiga ktorang kat sana suhu masa subuh tu 3celcius ( mengikut apps telefon la kan..hehehehe )
So meh kite start dengan hari pertama ktorang travel ke Korea (20 November 2014). Disebabkan tiket flight ktorang ke korea ari Khamis tu 8.20 pagi, kami da bergerak ke KLIA2 dengan teksi pukul 4.00 pagi. Lebih baik sampai awal dari kelam kabut kan ( padahal excited smpai xtido ), so ktorang smpai KLIA2 nak dekat pkul 5.00 pagi, oh lupa, tia duduk dekat WP Putrajaya sajooo..hehehe. Da smpai kat sana, ktorang decide untuk check in baggage dulu sebab leceh nak kehulu kehilir dengan beg beso2 tu kan and after da setel sumbat beg2 sume perot pn da start lapar, ktorang pergi la makan dekat PAPARICH, makan nasi lemak ayam kari untuk 4 orang RM80, uihhh menangih nak membayar nye, and korang dinasihatkan supaya tidaklah makan nasi lemak tu, xde la sedap mana pun, bagi tia tak berbaloi dengan harga. Lepas makan ktorang terus masuk tempat boarding, pergi solat pastu tunggu la sampai boleh masuk flight, hehehe..meh blanje gambo Hannah Sofiyyah mase sebelum boarding.
Sehari sebelum nak terbang ni sebenarnya Hannah demam, risau tak tahu nak cakap, tapi alhamdulillah sampai Korea demam dia okay.
Husband pun nak selfie jugak kan, hehehe, sori ye yang TERupoload gambo ni..kih kih kih.
Kami sampai di Busan pukul 3.15 petang waktu Korea kalau ikut waktu Malaysia lewat sejam ye kawan-kawan..hehehe..So selesai cek kastam, imigresen dengan bagasi kami rushing cari bus untuk ke Busan Station.
Nah, belanja muke budak demam yang tak bagi mama dengan abah duduk dalam flight, nak kena berdiri je ke hulu ke hilir bawak die, 6 jam hoi... kalau tak menangis satu flight dengar.
Kami naik bas ke Busan Station pukul 4.15 petang and tambang sorang dalam 6000 won. Mase naik bas tu orang lain berdiri tapi disebabkan tia dukung Hannah dapat lah duduk..Yeah! hahaha..Orang kat sini kalau nampak mak2 dukung anak, dorang memang akan bangun and bagi kite duduk, kebanyakan yang bagi ktorang duduk ahjussi and ahjumma, bab tu THUMBS UP ! Disebabkan kepenatan, takdela gambo sangat yang ktorang amek sepanjang perjalanan nak ke Busan Station, just boleh cakap, terpegun dengan pemandangan kat sana.
Ktorang sampai di Busan Station dalam pukul 5 petang, 5 petang kat sane da macam nak malam, cepat2 ktorang angkut barang2 pergi beli tiket KTX untuk ke Seoul, ktorang amek KTX sebab tak sanggup nak naik train yg 5 jam tu, ohoiii..mase mgangkut beg tu da macam ape hape penat nye, perlu diingatkan, di Korea ni tangga nye banyak tak hengat.
Ni je gambo yang mampu ktorang ambil setelah berpenat lelah hangkut beg berat tak hengat menaiki tangga yang banyak juga tak hengat.
So, ktorang naik KTX ke seoul pukul 6.10 petang , oh anyway harga tiket 45000won sorang, boleh kate murah juga sebab tu seat family ( ala..seat yang mcm meja makan tu..hehehe ). So perjalanan dengan KTX tu ambil mase lebih kurang 3 jam and suasana kat luar mase tu da gelap, kesimpulannya takde pemandangan yang menarik sangat dpt ktorang tgk dan Hannah kembali mengganas dan situasi dalam flight berlaku lagi dalam train, tak leh duduk ktorang dibuatnya.
p/s : Mohon maaf sesangat..post ni da ditulis lama..tapi after lbih kurang 7 bln bru post..sbbnye rajin tersangat, and bile da betul2 rajin nk tulis, berita buruk lagi..fon yang store gambo2 di korea sudah tamat riwayatnye, sd card ade..tp mood da takde..macam mane..waaaa..Sekiian..akhir kate..terima la gambo fon yang telah berkhidmat selama 4 tahun.