Followers

Thursday, June 21, 2012

Learning English is Hard ?

AMARAN AWAL : SAYA AKAN MENGGUNAKAN BAHASA ROJAK (ENGLISH + MALAY). JADI JIKA RASA TIDAK BERSETUJU DENGAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK, SAYA MENCADANGKAN KAMU UNTUK LANGSUNG TIDAK MEMULAKAN PEMBACAAN ENTRY KALI INI & ENTRY NI PANJANG OKAY =P

Whassup bro !!
hahahaha...mentang2 tajuk in english..terus lupe daratan kan...
Okay2..lets begin with Assalamualaikum..

So ! untuk pengetahuan semua..tia memang suke bercakap dalam Bahasa Inggeris..Encik Din pun sangatla tahu. Lantak la english tu broken or whatsoever..as long as i tried..they will understand what am i going to tell them. Jadi! tujuan tia tulis entry kali ni adalah untuk berkongsi macammana tia belajar bercakap or macam mana nak faham ape yang dibualkan dalam english supaya tia tak la kelihatan blurr atau takla diperkotak-katikkan.

Okay first of all, tia punya pengetahuan Bahasa Inggeris bukanla hebat untuk berkongsi tips2 ni..kirenya kalau diberi point 1(worse) - 10(excellent) tia berada di tahap 3..boleh?? hahahahaha..tapi disebabkan rasa bosan tiba-tiba muncul..dan sebab-sebab tertentu..tia pun decide nak tulis entry ni. So macam mana tia belajar :-

1- Tengok drama/movie

Okay..bila bercakap tentang drama/movie, tia memang minat sangat tengok cerita-cerita korea. 
"Cerita korea? ade kaitan ke nak belajar Bahasa Inggeris dengan tengok cerita korea?"
The answer is YES! sebabnya tia tak faham Bahasa Korea, jadinya tia memang bergantung pada subtitle for whole drama/movie, tapi sayangnya peratus untuk sesuatu drama/movie untuk di translate ke dalam Bahasa Melayu amatla tipis dan memang subtitle tu kebanyakkan nya dalam Bahasa Inggeris. So bile tia bace subtitle sekaligus tia akan belajar susunan perkataan, grammar and perkataan2 baru. Sebagai contoh, tia tengok cerita..then tia tak faham sesetengah perkataan, then biasanye tia akan stop dan tia akan tanya orang yang berada kat sekeliling tia, and yang selalu jadi mangsanya is Encik Din la kan. 
"Awak, ape maksud word bla bla bla,?" " Yang, ape sebenarnya yg die nak ckp bile die guna ayat bla bla bla?" dan Encik Din dengan sabarnya akan jawab "bla bla bla" hahahaha..dia akan bagitahu tia ape maksudnye. Sekarang biasanya drama2 melayu kat tv pun da banyak yang ada subtitle Bahasa Inggeris kan. Tia bila tak dengar ape yang dicakapkan kat tv tu, tia memang bergantung pada subtitle..kalau takde memang tak dapek la nak menolongnye. Even untuk drama/movie yang sememangnya menggunakan Bahasa Inggeris, tia selalunya akan minta Encik Din untuk download sekali subtitle (english) sebab tia memang sangat memerlukan sub. Tia ni masih dalam proses pembelajaran so tia tak boleh "kejar" kalau pelakon tu cakap laju, jadi bile tia bace subtitle baru la tia macam "ooo.." hehehe..so memang dari drama/movie ni memang banyak membantu tia dalam belajar Bahasa Inggeris.

2- Kena berani bercakap

Kebiasaannya orang kita ni takut nak bercakap dalam Bahasa Inggeris, sebabnya takut kena kutuk 
"Poyo la ko ni" "Eleh ingat hebat la tu cakap Omputih"
dan tia memang da biasa kena ayat2 macam tu..mungkin sebab mentaliti sesetengah rakyat Malaysia memang macam tu. Jadi kebiasaannya tia akan bercakap ngan Encik Din and akak-akak office yang memang rapat dengan tia. Encik Din biasanya akan perbetulkan kalau tia salah, contohnya kalau tia nak maksud kan "rape" tp tia pronounce word tu bunyi "wrap" so Encik Din akan perbetulkan. Jangan marah or rasa malu sebab kita dalam proses pembelajaran kan. Untuk cepat belajar, banyakkan bercakap in English.

3- Rajin

Semestinya kena rajin. Kalau tak rajin kita lambat belajar. Contohnya dulu, tia mase sekolah dulu, English teacher tia akan suruh ingat satu perkataan sehari atau "Learn a word a day" . Contohnya, hari ni belajar "interesting = menarik " so sebelum tido ingat balik and keesokkan hari nya lepas bangun tido try ingat balik word yang kita belajar semalam. Selain tu, tia kalau tak faham sesuatu word yang tia bace sama ada dari buku or dari website tia akan bukak website yang translate eng-malay or tia akan translate guna translate apps kat handphone tia. Sekarang ni kan da moden, tak perlu bawak kamus ke sana sini..hehehehe..dari situ kita da belajar " Ooo this is bla bla, that is bla bla ". Oh anyway, tia suke bace buku Harry Potter, so bila Along tia beli buku tu, for sure in English tia akan bace, walaupun tia amek mase 1- 2 weeks untuk habiskan, mana tak nya, mase bace..tak faham..bukak kamus..pastu sambung balik. Thats why tia cakap kalau nak belajar, apa-apa pun kita mesti kena rajin. 

Setakat ni tia memang belajar macam tu, if korang rase menarik, cubalah! hehehehe..sampai sini jela dulu entry tia kali ni. Assalamualaikum =)

p/s : 1-Da lame jugak tia tak update blog kan
       2-Tia rase tia banyak guna word so & jadi  =p